Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
Akta 695
(2)
Pengerusi boleh mencalonkan seseorang hakim daripada kalangan anggota Suruhanjaya untuk menjadi pengerusi bagi suatu mesyuarat pemilihan untuk mempertimbangkan pemilihan orang bagi kekosongan jawatan di Mahkamah Tinggi.
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 21
(3)
Jika Pengerusi menjadi tidak upaya, hilang kelayakan atau tiada, hakim yang paling kanan selepasnya dalam Suruhanjaya yang tidak hilang kelayakan dan ada akan menjadi pengerusi mesyuarat pemilihan itu.
(4)
Kuorum bagi tiap-tiap mesyuarat pemilihan ialah tujuh.
(5)
Apa-apa undi yang diambil pada mesyuarat pemilihan mestilah dibuat melalui undi sulit dan keputusan majoriti.
Kehilangan kelayakan daripada mesyuarat pemilihan