Malaysia legislation

Section 34

of AKTA SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN 2009

Seksyen 34

Mempengaruhi atau cuba untuk mempengaruhi Suruhanjaya

Mana-mana orang yang, selain dalam menjalankan tugasnya, secara langsung atau tidak langsung dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain dengan apa jua cara mempengaruhi atau cuba untuk mempengaruhi apa-apa keputusan Suruhanjaya atau mana-mana anggotanya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Section 34 — AKTA SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN 2009