Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“anggota Suruhanjaya” ertinya orang yang dilantik di bawah seksyen 5;
“hakim-hakim mahkamah atasan” ertinya pesuruhjaya kehakiman, hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah
Persekutuan dan hendaklah termasuk Ketua Hakim Negara
Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim
Besar Mahkamah Tinggi di Malaya dan Hakim Besar Mahkamah
Tinggi di Sabah dan Sarawak;
“mahkamah atasan” ertinya Mahkamah Persekutuan, Mahkamah
Rayuan, Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak kecuali jika dinyatakan dengan khusus selainnya;
“mesyuarat pemilihan” ertinya suatu mesyuarat yang dipanggil untuk mempertimbangkan pemilihan orang yang layak untuk mengisi kekosongan dalam mahkamah atasan;
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 9
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Suruhanjaya;
“Setiausaha” ertinya Setiausaha kepada Suruhanjaya;
“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.