Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“anggota” ertinya Pengerusi dan anggota lain Suruhanjaya yang dilantik di bawah seksyen 5;
“Entiti Kerajaan” ertinya—
(a)
Kerajaan Persekutuan, atau mana-mana Kerajaan Negeri,
Pihak Berkuasa Negeri atau kerajaan tempatan; dan
(b)
mana-mana kementerian, jabatan, pejabat, agensi, pihak berkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa, lembaga, majlis atau badan lain, yang diperbadankan atau tidak diperbadankan, bagi Kerajaan Persekutuan, atau bagi mana-mana Kerajaan
Negeri atau kerajaan tempatan, sama ada ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis atau selainnya;
“jawatankuasa” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan oleh
Suruhanjaya di bawah seksyen 13;
“kenderaan barangan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010
[Akta 715];
“kenderaan pelancongan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010;
“kenderaan perkhidmatan awam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010;
“kereta api” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010;
“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif
Suruhanjaya yang dilantik di bawah seksyen 23;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Darat yang ditubuhkan di bawah seksyen 29;
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 9
“Menteri” ertinya Perdana Menteri;
“Menteri Kewangan” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi kewangan;
“orang kurang upaya” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Orang Kurang Upaya 2008 [Akta 685];
“pegawai dilantik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010;
“pekerja” ertinya mana-mana orang yang diambil kerja oleh
Suruhanjaya di bawah seksyen 25, dan termasuklah Ketua Pegawai
Eksekutif;
“pengangkutan awam darat” ertinya pengangkutan atas darat dengan cara pengangkutan penumpang awam darat dan pengangkutan barang awam darat, dan termasuklah perkhidmatan pengangkutan awam darat, terminal, kemudahan, rangkaian, sistem, pengendalian dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan pengangkutan sedemikian atau perkhidmatan pengangkutan awam darat;
“pengangkutan barang awam darat” ertinya pembawaan barangan atas darat dengan cara kenderaan barangan atau kereta api;
“pengangkutan penumpang awam darat” ertinya pembawaan penumpang, termasuk bagasi mereka, atas darat dengan cara kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kereta api;
“pengendali berlesen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Suruhanjaya yang dilantik di bawah seksyen 5;
“perkhidmatan pengangkutan awam darat” ertinya—
(a)
pembawaan penumpang dengan cara pengangkutan penumpang awam darat; dan
(b)
pembawaan barangan dengan cara pengangkutan barang awam darat;
Undang-Undang Malaysia 10
“reka bentuk sejagat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Orang Kurang Upaya 2008;
“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri di bawah subseksyen 1(2);
“undang-undang pengangkutan awam darat” ertinya Akta ini dan
Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, dan termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah undang-undang itu.