Malaysia legislation

Section 3

of AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN 1957

Seksyen 3

Tiada seorang pun boleh dalam mana-mana prosiding undang-undang dibenar atau dipaksa mengeluarkan atau mendedahkan apa-apa perhubungan bertulis atau lisan yang berlaku di antara Suruhanjaya atau mana-mana ahli Suruhanjaya dan Kerajaan atau mana-mana Menteri atau pegawai awam atau apa-apa perhubungan di antara ahli-ahli Suruhanjaya dalam menjalankan fungsi-fungsi Suruhanjaya atau yang berkaitan dengan penjalanan fungsi-fungsi Suruhanjaya melainkan jika Yang di-Pertuan Agong memberi izin dengan cara bertulis untuk pengeluaran atau pendedahan yang sedemikian

Section 3 — AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN 1957 | mylaw.my