Malaysia legislation

Section 7

of AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN 1957

Seksyen 7

Tiap-tiap orang yang, selain daripada dalam menjalankan tugasnya, secara langsung atau tidak langsung dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain dengan apa-apa cara mempengaruhi atau cuba mempengaruhi apa-apa keputusan Suruhanjaya atau mana-mana ahlinya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dipenjara selama tempoh dua tahun atau denda dua ribu ringgit atau kedua-duanya:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang mana-mana orang memberi perakuan atau surat perakuan kepada mana-mana pemohon atau calon untuk mana-mana jawatan awam atau menghalang mana-mana orang membekal apa-apa maklumat atau bantuan atas permintaan formal yang dibuat oleh Suruhanjaya.

Section 7 — AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN 1957 | mylaw.my