Malaysia legislation

Section 18A

of *AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993

Seksyen 18A

(2)

Mesyuarat sesuatu jawatankuasa Lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 18 hendaklah diadakan pada bila-bila masa, di mana-mana tempat dan dengan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa Lembaga, tertakluk kepada subseksyen (1).

(3)

Jawatankuasa Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa

Lembaga bagi maksud menasihati jawatankuasa Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang yang diundang sedemikian tidak berhak mengundi pada mana-mana mesyuarat itu.

(4)

Anggota sesuatu jawatankuasa Lembaga atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri apa-apa mesyuarat sesuatu jawatankuasa Lembaga boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

Kuasa Menteri untuk memberikan arahan dan menghendaki maklumat

Section 18A — AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993 | mylaw.my