Malaysia legislation
Section 22A
Seksyen 22A
(1)
Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan
Menteri, menubuhkan atau menyertai mana-mana pertubuhan perbadanan
38
Undang-Undang Malaysia bagi maksud memajukan penyelidikan dan latihan berhubung dengan pasaran modal, atau bagi maksud menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.
(2)
Suruhanjaya boleh—
(a)
menerima sesuatu pemberian atau sumbangan;
(b)
membuat sesuatu pemberian atau sumbangan; atau
(c)
menyediakan apa-apa bentuk bantuan lain, bagi penubuhan atau pengendalian pertubuhan perbadanan di bawah subseksyen (1).
(3)
Wang yang diterima di bawah perenggan (2)(a) hendaklah disimpan dalam suatu akaun amanah yang ditentukan.
(4)
Suruhanjaya hendaklah membayar wang di dalam akaun amanah yang ditentukan itu kepada orang yang berhak mengikut maksud yang baginya wang itu diterima oleh Suruhanjaya.
(5)
Jika Suruhanjaya menubuhkan suatu pertubuhan perbadanan di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya boleh mengambil apa-apa tindakan atau melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat bagi—
(a)
kepentingan orang awam atau bagi perlindungan pelabur;
(b)
pentadbiran yang berkesan undang-undang sekuriti;
atau
(c)
memastikan pematuhan mana-mana syarat atau sekatan yang dikenakan ke atas pertubuhan perbadanan itu di bawah undang-undang sekuriti.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 39