Malaysia legislation

Section 24

of *AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993

Seksyen 24

(2)

Dalam hal tiap-tiap derivatif yang dilakukan di pasaran derivatif sesuatu bursa derivatif, kedua-dua orang pada setiap kedudukan bagi pesanan berhubung dengan derivatif tersebut adalah bertanggungan membayar suatu levi kepada Suruhanjaya dalam amaun yang ditentukan melalui perintah Menteri yang hendaklah disiarkan dalam Warta; dan amaun yang berlainan boleh ditentukan berkenaan dengan jenis atau kelas derivatif yang berlainan atau golongan atau kategori orang yang berlainan berkenaan dengan derivatif.

(2A)

Dalam hal tiap-tiap pembelian atau penjualan sekuriti atau tiap-tiap derivatif yang dilaksanakan melalui suatu pasaran diiktiraf di bawah seksyen 34 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007,

Suruhanjaya boleh mengenakan suatu levi pada apa-apa kadar sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

(3)

Bursa atau pengendali pasaran diiktiraf, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah mengutip dan mengakaunkan kepada

Suruhanjaya levi yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2).

(4)

Amaun apa-apa levi yang kena dibayar di bawah seksyen ini hendaklah boleh didapatkan sebagai hutang sivil yang kena dibayar kepada Suruhanjaya.

(5)

Menteri boleh membuat kaedah yang membuat peruntukan mengenai—

(a)

pembayaran levi di bawah seksyen ini; dan

(b)

penyimpanan, pemeriksaan dan pengauditan akaun bursa-bursa berhubungan dengan kutipan levi sedemikian.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 41

(6)

(Dipotong oleh Akta A1403).

Pemeliharaan Kumpulan Wang

Section 24 — AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993 | mylaw.my