Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
14
Undang-Undang Malaysia
“Bank Negara Malaysia” ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701];
“berniaga dalam derivatif” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;
“berniaga dalam sekuriti” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671];
“buku” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;
“bursa” ertinya bursa saham yang ditubuhkan di bawah Akta Pasaran
Modal dan Perkhidmatan 2007;
“bursa derivatif” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;
“bursa saham” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;
“depositori pusat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;
“derivatif” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;
“ditetapkan”, jika cara menetapkan tidak diperuntukkan, ertinya ditetapkan dari semasa ke semasa melalui peraturan atau perintah yang disiarkan dalam Warta;
“dokumen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta
Keterangan 1950 [Akta 56];
“entiti berkepentingan awam” ertinya entiti yang ditentukan dalam