Malaysia legislation
Section 4B
Seksyen 4B
(2)
Semasa ketiadaan Pengerusi atau ketidakupayaan Pengerusi untuk bertindak atas apa-apa sebab, Timbalan Ketua Eksekutif hendaklah menjalankan fungsi Pengerusi.
(3)
Bagi maksud subseksyen (2), dalam hal apabila Timbalan
Ketua Eksekutif itu tiada atau tidak berupaya untuk bertindak atas apa-apa sebab, seorang anggota kanan pengurusan Suruhanjaya yang ditentukan oleh Lembaga hendaklah menjalankan fungsi Pengerusi.
(4)
Walau apa pun subseksyen (1), Pengerusi boleh membawa apa-apa perkara berhubung dengan fungsi Suruhanjaya kepada Lembaga untuk pertimbangtelitian atau arahan, jika difikirkannya perlu.
Kehilangan kelayakan anggota Lembaga