Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Pembatalan pelantikan
Menteri boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan anggota Lembaga sekiranya anggota itu—
(a)
menjadi tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk melaksanakan fungsinya;
(b)
tidak hadir dalam tiga mesyuarat Lembaga secara berturut-turut, dalam hal Pengerusi, tanpa kebenaran
Menteri dan dalam hal Timbalan Ketua Eksekutif atau anggota-anggota lain
Lembaga, tanpa kebenaran
Pengerusi;
(c)
berkelakuan dalam keadaan yang membawa aib kepada
Suruhanjaya;
(d)
gagal mematuhi obligasinya di bawah seksyen 13; atau
(e)
hilang kelayakan di bawah seksyen 5.
Saraan atau elaun