Malaysia legislation

Section 4

of AKTA SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA (PINDAAN) 2017

Seksyen 4

Seksyen 31c Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2) Lembaga Pemantauan Audit hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Lembaga:

(a)

seorang pengerusi bukan eksekutif;

(b)

seorang pegawai eksekutif; dan

(c)

lima anggota bukan eksekutif.”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:

“(4) Pengerusi bukan eksekutif dan pegawai eksekutif tidak boleh—

(a)

menjadi pegawai sepenuh masa atau pemegang syer mengawal mana-mana entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual, perbadanan berkaitannya atau syarikat bersekutunya;

(b)

mempunyai apa-apa bahagian dalam apa-apa keuntungan suatu firma perakaunan atau pengauditan, atau mana-mana gabungannya;

dan

(c)

menerima bayaran daripada mana-mana firma perakaunan atau pengauditan, atau daripada mana-mana orang lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya, selain bayaran tetap yang berterusan di bawah perkiraan lazim bagi persaraan daripada suatu firma perakaunan atau pengauditan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Suruhanjaya.”;

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1539

(c)

dalam subseksyen (6)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “dua” dengan perkataan “tiga”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “akauntan bertauliah, akauntan berlesen atau anggota bersekutu” dengan perkataan “akauntan bertauliah atau akauntan berlesen”;

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (6) subseksyen yang berikut:

“(6a)  Walau apa pun subseksyen (6), tiada seorang pun anggota Lembaga Pemantauan Audit boleh—

(a)

menjadi seorang juruaudit syarikat yang diluluskan di bawah Akta Syarikat 2016; atau

(b)

diambil bekerja sepenuh masa atau secara kontraktual, dalam apa-apa kapasiti, oleh firma yang—

(i)

bertindak sebagai juruaudit kepada mana-mana entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual;

atau

(ii)

menyediakan untuk atau bagi pihak mana-mana entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual, mana-mana laporan yang dikehendaki oleh Akta Syarikat 2016 untuk disediakan oleh juruaudit yang telah diluluskan, atau gabungan mana-mana firma.”; dan

(e)

dalam subseksyen (7), dengan menggantikan perkataan

“Pengerusi eksekutif” dengan perkataan “Pegawai eksekutif”.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Pindaan)

7

Pindaan seksyen 31ea

Section 4 — AKTA SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA (PINDAAN) 2017