Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Seksyen 31o Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:
“(4a) Seseorang juruaudit yang berdaftar atau yang diiktiraf di bawah Bahagian ini hendaklah membayar apa-apa fi yang ditetapkan secara tahunan dan pada apa-apa tarikh yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya.
(4b)
Jika seseorang juruaudit berdaftar atau yang diiktiraf tidak membayar fi yang ditetapkan pada tarikh fi itu kena dibayar, Suruhanjaya boleh mengenakan fi lewat bayar dengan jumlah yang ditetapkan untuk setiap hari pembayaran itu lewat, dan fi itu boleh didapatkan oleh Suruhanjaya sebagai hutang yang kena dibayar kepada Suruhanjaya.”.
Pindaan seksyen 31q