Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA SURUHANJAYA TENAGA 2001

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“aktiviti pembekalan tenaga” termasuklah—

(a)

berhubung dengan elektrik—

(i)

pembekalan dan penggunaan elektrik yang baginya undang-undang pembekalan elektrik terpakai; dan

(ii)

penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik untuk pembekalan dan penggunaan elektrik di bawah subperenggan (i);

(b)

berhubung dengan gas—

(i)

pembekalan dan penggunaan gas yang baginya undang-undang pembekalan gas terpakai; dan

(ii)

penghantaran, pengangkutan, pengagihan dan peretikulasian gas untuk pembekalan dan penggunaan gas di bawah subperenggan (i); dan

(c)

apa-apa aktiviti lain yang dikawal selia di bawah undang-undang pembekalan tenaga;

“anggota” ertinya Pengerusi dan anggota lain Suruhanjaya yang dilantik di bawah seksyen 5;

“elektrik” ertinya tenaga elektrik atau kuasa elektrik apabila dijana, dikeluarkan, dihantar, diagihkan, dibekalkan atau digunakan bagi apa-apa maksud kecuali bagi maksud penghantaran apa-apa komunikasi atau isyarat;

“gas” ertinya metana, etana, propana, butana atau hidrokarbon yang mungkin mengandungi satu atau lebih daripada satu mana-mana gas itu, sama ada dalam bentuk gas atau cecair;

“hari ditetapkan” ertinya hari Akta ini mula berkuat kuasa;

Suruhanjaya Tenaga 9

“jawatankuasa” ertinya mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 12;

“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif

Suruhanjaya yang mempunyai tugas yang diperihalkan dalam seksyen 18;

“Kumpulan Wang” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 24;

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan pembekalan elektrik atau pembekalan gas, mengikut mana-mana yang berkenaan, kecuali—

(a)

dalam Bahagian II dan IV, berhubung dengan pelantikan, pembatalan pelantikan atau peletakan jawatan Pengerusi,

Ketua Pegawai Eksekutif dan anggota Suruhanjaya, ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan pembekalan elektrik dengan persetujuan Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan pembekalan gas; dan

(b)

dalam Bahagian V, ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan pembekalan elektrik;

“Menteri Kewangan” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

“pegawai” ertinya mana-mana pegawai, pekhidmat atau pekerja

Suruhanjaya yang dilantik di bawah Akta ini;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Suruhanjaya yang dilantik di bawah perenggan 5(l)(a);

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 610

“pepasangan—

(a)

berhubung dengan elektrik, mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh undang-undang pembekalan elektrik; dan

(b)

berhubung dengan gas, mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh undang-undang pembekalan gas;

“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“tenaga dapat dibaharui” ertinya tenaga yang tidak habis apabila digunakan dan termasuk tenaga yang diperoleh daripada sumber tenaga seperti biojisim, kuasa hidro, kuasa suria, kuasa haba bumi, kuasa angin, ombak dan air pasang surut;

“tenaga tidak dapat dibaharui” ertinya tenaga yang habis apabila digunakan dan termasuk tenaga daripada sumber tenaga seperti arang batu, syal minyak, pasir tar, minyak mentah, minyak, gas asli dan kuasa nuklear;

“undang-undang pembekalan elektrik” ertinya Akta Bekalan

Elektrik 1990 [Akta 447] dan termasuk—

(a)

mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah

Akta Bekalan Elektrik 1990; dan

(b)

mana-mana perundangan lain yang berhubungan dengan elektrik yang di bawahnya Suruhanjaya dikehendaki menjalankan apa-apa fungsi, termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah perundangan itu;

“undang-undang pembekalan gas” ertinya Akta Bekalan Gas 1993

[Akta 501] dan termasuk—

(a)

mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah

Akta Bekalan Gas 1993; dan

(b)

mana-mana perundangan lain yang berhubungan dengan gas yang di bawahnya

Suruhanjaya dikehendaki

Suruhanjaya Tenaga 11

menjalankan apa-apa fungsi, termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah perundangan itu;

“undang-undang pembekalan tenaga” ertinya—

(a)

Akta ini dan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

(b)

undang-undang pembekalan elektrik;

(c)

undang-undang pembekalan gas; dan

(d)

mana-mana undang-undang bertulis lain yang di bawahnya Suruhanjaya dikehendaki menjalankan apa-apa fungsi.

Section 2 — AKTA SURUHANJAYA TENAGA 2001 | mylaw.my