Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(2)
Sehingga suatu meterai diadakan oleh Suruhanjaya, suatu cap yang mengandungi perkataan “Suruhanjaya Tenaga” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan
Suruhanjaya.
(3)
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan
Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh
Suruhanjaya, dan hendaklah disahkan sama ada oleh Pengerusi atau oleh orang yang diberi kuasa oleh Pengerusi secara bertulis.
(4)
Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu dan disahkan sewajarnya hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya.
(5)
Apa-apa surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang anggota
Suruhanjaya atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh
Suruhanjaya bagi pihak Suruhanjaya.
(6)
Meterai perbadanan
Suruhanjaya hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Keanggotaan Suruhanjaya