Malaysia legislation
Section 141
Seksyen 141
Tiap-tiap orang yang menjalankan perniagaan di Labuan di bawah apa-apa nama atau gelaran yang mengandungi perkataan atau perkataan-perkataan
“Berhad”,
“Corporation”,
Incorporated”,
“Limited”,
“Societie
Anonyme”,
“Sociedad
Anonima”,
“Aktiengesellschaft”, “Naamloze Vennootschap” atau “Perseroan
Terbatas” atau apa-apa perkataan lain dalam bahasa kebangsaan mana-mana negara yang memberi maksud suatu syarikat saham bersama yang dihadkan oleh syer atau jaminan atau suatu syarikat tidak berhad, atau apa-apa singkatan perkataan tersebut, melainkan jika orang itu adalah syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing yang diwujudkan, diperbadankan atau didaftarkan sewajarnya di bawah
Akta ini, atau adalah syarikat domestik atau badan diperbadankan, melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.