Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA SYILING LANCUNGAN 1957

Seksyen 3

(1)

Jika apa-apa syiling ditawarkan sebagai syiling semasa kepada mana-mana orang yang mengesyaki syiling itu telah menyusut dengan cara selain haus yang munasabah, atau telah dilancung, orang itu boleh memotong, memecahkan membengkokkan atau mencacatkan syiling itu.

(2)

Jika apa-apa syiling yang telah dipotong, dipecahkan, dibengkokkan atau dicacatkan ternyata telah menyusut dengan cara selain haus yang munasabah, atau telah dilancung, orang yang menawarkan syiling itu hendaklah menanggung kerugian berkenaan dengannya.

(3)

Jika syiling itu mempunyai berat yang sewajarnya dan ternyata bahawa ia syiling yang sah, orang yang memotong, memecahkan, membengkokkan atau mencacatkannya hendaklah menerima syiling itu pada nilai mukanya.

(4)

Jika apa-apa pertikaian timbul sama ada syiling yang telah dipotong, dipecahkan, dibengkokkan atau dicacatkan itu telah menyusut dengan cara yang disebut terdahulu, atau dilancung, pertikaian itu boleh didengar dan seterusnya diputuskan secara terus oleh Mahkamah Majistret yang dengan ini diberi kuasa untuk memeriksa dengan sumpah pihak berkenaan dan juga mana-mana orang lain untuk memutuskan pertikaian itu.

(5)

Tiap-tiap pegawai awam, dalam melaksanakan kewajipannya telah ditawarkan kepadanya, sebagai pembayaran apa-apa bahagian daripada hasil mana-mana Kerajaan di Malaysia atau dikemukakan untuk pemeriksaan atau selainnya apa-apa syiling yang ternyata adalah lancungan syiling semasa atau telah menyusut dengan cara yang tidak sah, hendaklah memotong, memecahkan, atau mencacatkan atau menyebabkan dipotong, dipecahkan atau dicacatkan tiap-tiap syiling itu.

7

Akta 429

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk Ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U 349/1965

Perintah Ubah Suaian Undang-undang

(Syiling Lancungan) (Pemerluasan

Negeri-Negeri Borneo) 1965 23-9-1965

8

Akta 429

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

− TIADA ─