Malaysia legislation

Section 13

of AKTA TABUNG ANGKATAN TENTERA (PINDAAN) 2016

Seksyen 13

Peruntukan kecualian dan peralihan

(2)

Seseorang pegawai yang telah membuat caruman sukarela di bawah seksyen 10 Akta ibu sebelum 1 Januari 2016 boleh, pada atau selepas 1 Januari 2016, terus mencarum di bawah seksyen 10 itu atau memilih untuk mencarum di bawah seksyen 9a Akta ibu, sebagaimana yang dimasukkan oleh seksyen 5 Akta ini, dalam masa yang ditentukan oleh Lembaga.

(3)

Jika seseorang pegawai yang disebut dalam subseksyen (2)

telah memilih untuk mencarum di bawah seksyen 9a, pemotongan gajinya di bawah seksyen 10 Akta ibu hendaklah terhenti.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1506

(4)

Seseorang pegawai yang disebut dalam subseksyen (2)

yang telah memilih untuk tidak mencarum di bawah seksyen 9a dan tidak menyambung carumannya di bawah seksyen 10 boleh memohon untuk pengeluaran apa-apa amaun yang ada dalam kredit akaunnya dalam masa yang ditentukan oleh Lembaga.

(5)

Pada tarikh permulaan kuat kuasa seksyen 12 Akta ini, apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 22(gb)

Akta ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa seksyen 12 Akta ini hendaklah terus kekal berkuat kuasa dan mempunyai kesan sepenuhnya, dan bagi maksud itu hendaklah dianggap seolah-olah perenggan 22(gb) Akta ibu tidak dipotong, sehinggalah Lembaga menjalankan kuasanya di bawah seksyen 12a Akta ibu bilamana

Lembaga, dengan kelulusan Menteri, hendaklah membatalkan peraturan-peraturan itu.

Section 13 — AKTA TABUNG ANGKATAN TENTERA (PINDAAN) 2016