Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 9
seksyen yang berikut:
“Caruman wajib pegawai kepada Tabung 9a. (1) Hendaklah dipotong daripada gaji bulanan seseorang pegawai suatu amaun yang sama banyaknya dengan sepuluh peratus daripada gaji bulanannya itu yang dikira hingga lima sen yang hampir sekali sebagai carumannya kepada Tabung dan amaun caruman itu hendaklah dikreditkan kepada akaun pegawai itu.
(2)
Berkenaan dengan tiap-tiap caruman yang dibayar di bawah subseksyen (1), hendaklah direkodkan suatu caruman secara isyarat kepada Tabung daripada Kumpulan Wang
Disatukan bagi kredit akaun pegawai itu suatu amaun yang sama banyaknya dengan lima belas peratus daripada gaji bulanannya yang dikira hingga lima sen yang hampir sekali.
Tabung Angkatan Tentera (Pindaan)
(3)
Seseorang pegawai yang mencarum di bawah subseksyen (1)
yang telah menamatkan kurang daripada dua puluh tahun perkhidmatan dan tidak memilih untuk menerima ganjaran tamat perkhidmatan hendaklah, apabila genap tempoh perkhidmatannya menerima amaun yang berikut:
(a)
nilai carumannya kepada Tabung dan dividen bagi tempoh caruman itu;
(b)
nilai caruman daripada Kumpulan Wang Disatukan yang direkodkan mengikut subseksyen (2); dan
(c)
caruman secara isyarat oleh Kerajaan yang patut di bayar kepada pegawai bagi tempoh caruman itu.
(4)
Seseorang pegawai yang mencarum di bawah subseksyen (1) yang telah menamatkan kurang daripada dua puluh tahun perkhidmatan dan telah memilih untuk menerima ganjaran tamat perkhidmatan hendaklah, apabila genap tempoh perkhidmatannya menerima nilai carumannya kepada Tabung dan dividen bagi tempoh caruman itu.
(5)
Seseorang pegawai yang berkelayakan untuk pencen tetapi menamatkan perkhidmatan dalam mana-mana tempoh selepas dua puluh tahun sehingga mencapai umur bersara wajib hendaklah, apabila genap tempoh perkhidmatannya menerima nilai carumannya kepada Tabung bagi keseluruhan tempoh perkhidmatannya dan dividen selama tempoh carumannya.
(6)
Pembayaran di bawah subseksyen (3) hendaklah dibuat walaupun pegawai itu diberikan pencen hilang upaya atau ganjaran hilang upaya menurut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan pencen, ganjaran atau pemberian atau faedah lain yang terpakai bagi angkatan tetap.
(7)
Jika seseorang pegawai yang mencarum di bawah subseksyen (1) telah menamatkan dua puluh lima tahun perkhidmatan atau telah mencapai umur bersara wajib, mengikut mana-mana yang terdahulu, pemotongan gaji bulanannya hendaklah terhenti dan caruman secara isyarat kepada Tabung daripada Kumpulan Wang Disatukan di bawah subseksyen (2)
hendaklah terhenti daripada direkodkan.”.
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1506
Pindaan seksyen 10