Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN 1992

Seksyen 6

Pengeluaran nota tak boleh niaga dan nota tanpa bunga

Menteri Kewangan boleh, bagi pihak Kerajaan, mewujudkan dan mengeluarkan kepada Tabung, dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang difikirkannya patut, apa-apa nota tak boleh niaga dan nota tanpa bunga atau obligasi yang seumpamanya sebagaimana yang Tabung boleh─

(a)

menerima daripada Kerajaan sebagai ganti apa-apa mata wang Malaysia yang dibayar atau yang kena dibayar oleh

Kerajaan di bawah seksyen 5(b) Perkara 4 Perjanjian atau di bawah seksyen 5(c) Perkara 4 Perjanjian; atau

(b)

menurut seksyen 4 Perkara 4 Perjanjian, memutuskan untuk menerima sebagai ganti apa-apa mata wang

Malaysia berhubungan dengan apa-apa penambahan sumbangan Malaysia kepada Tabung.

Tanggungan atas bayaran lain kepada Kumpulan Wang

Disatukan

Section 6 — AKTA TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN 1992