Malaysia legislation

Section 71f

of AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PINDAAN) 2026

Seksyen 71f

Jika seseorang pegawai diberi kuasa kuasa yang menjalankan suatu pemeriksaan atau penyiasatan di bawah

Akta ini mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan terhadap Akta ini, dia boleh menyita apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, data berkomputer, bahan atau barang lain yang dikemukakan di bawah seksyen 71e dan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, data berkomputer, bahan atau barang lain yang disita itu, hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di mahkamah di bawah Akta ini terhadap orang itu atau terhadap mana-mana orang lain.

Permohonan waran geledah 71g.  Jika seseorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana premis telah digunakan, sedang digunakan atau hendak digunakan bagi, atau terdapat di dalam mana-mana premis, keterangan yang diperlukan untuk membuktikan perlakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, dia boleh memohon bagi suatu waran geledah daripada seorang Majistret dengan cara mengemukakan maklumat bertulis secara bersumpah.

Kuasa Majistret untuk mengeluarkan waran geledah 71h.  Jika Majistret berpuas hati bahawa adanya perlakuan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, dia boleh mengeluarkan suatu waran geledah yang membenarkan pegawai diberi kuasa, pada bila-bila masa yang munasabah sama ada siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan—

(a)

untuk memasuki premis itu, dengan kekerasan jika perlu;

Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan)

(b)

untuk menggeledah dan menyita, dan mengambil apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, data berkomputer, bahan, atau barang lain—

(i)

yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan;

(ii)

yang berkenaan dengannya suatu kesalahan disyaki telah dilakukan; atau

(iii)

yang semunasabahnya dipercayai dapat dijadikan keterangan tentang perlakuan kesalahan itu;

(c)

memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam premis itu atau mana-mana pagar, kepungan, pintu pagar atau halangan lain ke premis itu, supaya boleh memasuki ke dalamnya;

(d)

mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pengalihan yang kuasa untuk melakukannya diberikan kepadanya;

atau

(e)

menahan tiap-tiap orang yang berada di dalam premis itu sehingga premis itu selesai diperiksa.

Pengemukaan kad kuasa 71i.  (1)  Seseorang pegawai diberi kuasa apabila menjalankan mana-mana kuasanya di bawah Akta ini hendaklah mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak atau daripadanya dia menghendaki apa-apa maklumat itu, kad kuasa sebagaimana yang diarahkan oleh Perbadanan untuk dibawa oleh pegawai itu.

(2)

Kad kuasa yang dinyatakan dalam subseksyen (1) hendaklah dikeluarkan oleh Ketua Eksekutif.

Undang-Undang Malaysia 26

Akta A1785

Tiada hak terhadap kos prosiding, ganti rugi atau relief lain, dsb.

Section 71f — AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PINDAAN) 2026