Malaysia legislation

Section 11

of *AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984

Seksyen 11

Perakuan pendaftaran

(2)

Suatu perakuan pendaftaran hendaklah dikeluarkan kepada, dan atas nama orang yang membuat permohonan baginya, dan tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana orang lain.

(3)

Tiap-tiap perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah peruntukan seksyen ini sah selama enam puluh bulan kalendar.

(4)

Jika berlaku apa-apa perubahan dalam apa-apa hal keadaan yang butir-butirnya dinyatakan dalam suatu perakuan yang dikeluarkan di bawah peruntukan seksyen ini, orang yang kepadanya perakuan itu telah dikeluarkan hendaklah, dalam tempoh empat belas hari, memberitahu Ketua Pengarah dengan sewajarnya secara bertulis, dan Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pindaan sebagai ganti perakuan asal itu.

(5)

Suatu salinan perakuan pendaftaran yang dikeluarkan oleh

Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di dalam premis yang dinyatakan dalam perakuan pendaftaran itu.

(6)

Apabila berhenti mengendalikan suatu taman asuhan kanak-kanak, orang yang kepadanya perakuan pendaftaran telah dikeluarkan hendaklah menyerahkan perakuan itu kepada Ketua

Pengarah dalam masa satu bulan dari tarikh pemberhentian itu.

Tafsiran

Section 11 — AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 | mylaw.my