Malaysia legislation

Section 12

of *AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984

Seksyen 12

Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran yang dibuat di bawah seksyen 7─

(a)

di mana terdapat apa-apa pelanggaran atau ketidakpatuhan mana-mana syarat yang dikenakan berhubungan dengan apa-apa pendaftaran yang dibuat di bawah Akta ini;

(b)

jika terdapat apa-apa kegagalan memberitahu apa-apa perubahan hal keadaan mengikut subseksyen 11(4);

(c)

atas sebab bahawa orang yang kepadanya perakuan pendaftaran telah dikeluarkan telah disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa kesalahan yang melibatkan keburukan akhlak;

(e)

jika dia dapati bahawa─

(i)

taman asuhan kanak-kanak itu tidak dijalankan sebagai sedemikian atau tidak wujud lagi; atau

(ii)

seseorang itu telah berhenti menjalankan taman asuhan kanak-kanak itu.

Section 12 — AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 | mylaw.my