Malaysia legislation

Section 14

of *AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984

Seksyen 14

Kuasa Ketua Pengarah dan pegawai diberi kuasa

Ketua Pengarah dan mana-mana pegawai diberi kuasa boleh dari semasa ke semasa masuk dan memeriksa apa-apa premis yang digunakan bagi maksud taman asuhan kanak-kanak untuk tujuan menjamin bahawa—

(a)

kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak atau pekerjanya memuaskan;

(b)

daftar, rekod, jadual waktu, menu, buku kira-kira disenggarakan dengan sempurna;

(c)

alat yang cukup dan sesuai diadakan dalamnya;

(d)

struktur, kesihatan dan kebersihan disenggarakan;

(e)

pengawasan yang cukup diambil terhadap bahaya kebakaran atau apa-apa bahaya lain yang mungkin membahayakan nyawa atau kesihatan kanak-kanak yang diasuhnya.

Section 14 — AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 | mylaw.my