Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
Taman asuhan kanak-kanak yang ada
Mana-mana orang yang menguruskan atau menyenggarakan sesuatu taman asuhan kanak-kanak pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa itu memohon kepada Ketua Pengarah dalam borang yang ditetapkan supaya dikeluarkan suatu perakuan pendaftaran.