Malaysia legislation

Section 21A

of *AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984

Seksyen 21A

Pengkompaunan kesalahan

(1)

Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis, dalam borang yang ditetapkan, kepada orang yang disyaki secara munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(3)

Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.

Rayuan

Section 21A — AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 | mylaw.my