Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
Peraturan-peraturan
(2)
Khususnya dan tanpa menyentuh keluasan kuasa yang tersebut di atas, peraturan-peraturan itu boleh membuat peruntukan bagi semua atau apa-apa perkara yang berikut—
(a)
penjalanan, pengurusan dan penyeliaan taman asuhan kanak-kanak;
(b)
tugas dan tanggungjawab orang-orang yang didaftarkan berhubungan dengan taman asuhan kanak-kanak;
(c)
kelayakan, pengalaman, perlantikan, tugas, tanggungjawab dan disiplin orang bagi maksud penjalanan, pengurusan dan penyeliaan taman asuhan kanak-kanak;
(d)
penjagaan kesihatan dan pemakanan kanak-kanak yang dijaga di taman asuhan kanak-kanak;
(e)
pendaftaran penjaga kanak-kanak yang diambil bekerja di taman asuhan kanak-kanak;
(f)
penyimpanan dan penyenggaraan apa-apa daftar mengenai kanak-kanak, dalam apa-apa bentuk yang difikirkan patut oleh Menteri;
(g)
penetapan kehendak minimum bagi taman asuhan kanak-kanak untuk digunakan bagi penerimaan masuk kanak-kanak dan peruntukan bagi mengadakan keperluan kebersihan minimum, bekalan air dan perkara lain mengenai kesihatan berhubungan dengan bangunan itu;
(h)
penetapan kelengkapan minimum;
(i)
penetapan borang yang hendak digunakan dan maklumat yang hendak diberikan bagi mana-mana maksud Akta ini;
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 308
(j)
pemberian perakuan dan pengeluaran salinan perakuan dalam hal perakuan yang hilang atau musnah;
(k)
fi yang hendak dibayar di bawah Akta ini;
(l)
penetapan apa-apa jua yang dikehendaki ditetapkan atau yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini.
Peruntukan untuk membenarkan penerimaan masuk kanak-kanak di atas umur empat tahun