Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
“daftar” ertinya apa-apa daftar yang dikehendaki disimpan di bawah peruntukan Akta ini;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat;
“pegawai diberi kuasa” ertinya seseorang pegawai yang dilantik di bawah seksyen 13;
“Pengarah Negeri” ertinya Pengarah Kebajikan Masyarakat suatu
Negeri dan termasuklah masing-masingnya Pengarah Kebajikan
Masyarakat
Wilayah
Persekutuan
Kuala
Lumpur,
Wilayah
Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya;
“saudara” ertinya datuk atau nenek, abang atau adik laki-laki, kakak atau adik perempuan, bapa saudara atau emak saudara yang ada pertalian darah;
“taman asuhan kanak-kanak” ertinya mana-mana premis yang empat orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun dari lebih daripada satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah;
“taman asuhan kanak-kanak berdaftar” ertinya suatu taman asuhan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah seksyen 7.