Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984

Seksyen 5

Kategori taman asuhan kanak-kanak

Empat kategori taman asuhan kanak-kanak hendaklah diadakan seperti yang berikut:

(a)

taman asuhan kanak-kanak di rumah iaitu suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk kurang daripada sepuluh orang kanak-kanak dalam rumah orang yang didaftarkan di bawah seksyen 7;

(b)

taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja iaitu suatu taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak;

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 308

(c)

taman asuhan kanak-kanak komuniti iaitu suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak di suatu kawasan tertentu dan yang menerima bantuan daripada

Kerajaan

Persekutuan atau suatu Kerajaan Negeri; dan

(d)

taman asuhan kanak-kanak di institusi iaitu suatu taman asuhan kanak-kanak selain taman asuhan kanak-kanak di bawah perenggan (a), (b) dan (c) yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak.

Larangan ke atas taman asuhan kanak-kanak yang tidak berdaftar

Section 5 — AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 | mylaw.my