Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Ketua Pengarah boleh mendaftarkan mana-mana taman asuhan kanak-kanak tertakluk kepada yang berikut:
(a)
dengan mengehadkan bilangan kanak-kanak yang diterima masuk dalam mana-mana taman asuhan kanak-kanak pada satu-satu masa;
(b)
dengan menjamin bahawa pemohon atau mana-mana orang lain yang diambil bekerja di taman asuhan kanak-kanak seorang yang layak dan sesuai, sama ada disebabkan oleh umur atau selainnya, untuk menjalankan, mengambil bahagian dalam pengurusan atau diambil bekerja di taman asuhan kanak-kanak itu;
(c)
dengan menjamin bahawa taman asuhan kanak-kanak itu hendaklah mengadakan kakitangan yang cukup, baik dari segi bilangan mahu pun kelayakan atau pengalaman orang yang diambil bekerja atau mengambil bahagian dalam penjalanannya;
(d)
dengan menjamin bahawa taman asuhan kanak-kanak itu hendaklah dilengkapkan dan disenggarakan dengan secukup dan sesuainya;
(e)
dengan menjamin bahawa, jika mana-mana kanak-kanak diterima masuk di mana-mana taman asuhan kanak-kanak dan tinggal di sana selama suatu jangka masa terus-menerus yang melebihi empat jam dalam satu-satu hari, hendaklah ada peraturan yang cukup dan sesuai bagi makanan, rehat dan hiburan bagi kanak-kanak itu dan diet yang cukup serta seimbang hendaklah diadakan;
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 308
(f)
dengan mematuhi apa-apa kehendak yang berkaitan dengan struktur, pencegahan api, kesihatan, kebersihan dan keselamatan;
(g)
apa-apa syarat lain yang difikirkan patut dan sesuai oleh
Ketua Pengarah.
Daftar yang hendak disimpan