Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
(1)
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta ini” termasuklah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“berpadanan”, berkenaan dengan kunci, ertinya daripada pasangan kunci yang sama;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh atau di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
10
Undang-Undang Malaysia
“had pergantungan yang disyorkan” ertinya jumlah wang yang disyorkan bagi pergantungan pada sesuatu perakuan di bawah seksyen 60;
“kunci awam” ertinya kunci sesuatu pasangan kunci yang digunakan untuk mengesahbetulkan sesuatu tandatangan digital;
“kunci persendirian” ertinya kunci sesuatu pasangan kunci yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu tandatangan digital;
“memalsukan tandatangan digital” ertinya—
(a)
untuk menghasilkan suatu tandatangan digital tanpa kebenaran pemegang sah kunci persendirian itu; atau
(b)
untuk menghasilkan suatu tandatangan digital yang boleh disahbetulkan oleh suatu perakuan yang menyenaraikan sebagai pelanggan seseorang yang sama ada tidak wujud atau tidak memegang kunci persendirian yang berpadanan dengan kunci awam yang disenaraikan dalam perakuan itu;
“membatalkan perakuan” ertinya untuk menjadikan sesuatu perakuan tidak berkesan selama-lamanya dari suatu masa yang dinyatakan ke hadapan;
“memberitahu” ertinya untuk memaklumkan sesuatu fakta kepada seorang yang lain mengikut cara yang di bawah hal keadaan itu adalah berkemungkinan secara munasabah untuk menyampaikan pengetahuan mengenai maklumat itu kepada orang lain itu;
“memegang kunci persendirian” ertinya supaya boleh menggunakan suatu kunci persendirian;
“memegang kunci persendirian secara sah” ertinya supaya boleh menggunakan suatu kunci persendirian—
(a)
yang pemegang itu atau ejen pemegang itu tidak mendedahkan kepada mana-mana orang dengan melanggar
Akta ini; dan
(b)
yang pemegang itu tidak memperoleh melalui pencurian, perdayaan, pemasangan telinga atau cara lain yang menyalahi undang-undang;
Tandatangan Digital 11
“memperakui” ertinya untuk mengisytiharkan berkenaan dengan sesuatu perakuan, dengan peluang yang lebih daripada cukup untuk menimbangkan, dan dengan kewajipan untuk memaklumkan diri mengenai segala fakta material;
“menerima perakuan” ertinya—
(a)
untuk menunjukkan persetujuan kepada sesuatu perakuan, apabila mengetahui atau mempunyai notis mengenai kandungannya; atau
(b)
untuk memohon kepada pihak berkuasa pemerakuan berlesen bagi suatu perakuan, tanpa membatalkan permohonan itu dengan menghantarserahkan notis pembatalan kepada pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu, dan memperoleh resit bertulis yang ditandatangani daripada pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu, jika pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu kemudiannya mengeluarkan suatu perakuan berdasarkan permohonan itu;
“mengeluarkan perakuan” ertinya tindakan pihak berkuasa pemerakuan dalam menghasilkan suatu perakuan dan memberitahu pelanggan yang disenaraikan dalam perakuan itu mengenai kandungan perakuan itu;
“mengesahbetulkan tandatangan digital” ertinya, berhubung dengan sesuatu tandatangan digital, mesej dan kunci awam tertentu, untuk menentukan dengan tepat bahawa—
(a)
tandatangan digital itu dihasilkan oleh kunci persendirian yang berpadanan dengan kunci awam itu; dan
(b)
mesej itu tidak diubah sejak tandatangan digitalnya dihasilkan;
“mengesahkan” ertinya untuk menentukan melalui pertanyaan dan penyiasatan yang tekun;
“menggabungkan secara rujukan” ertinya untuk menjadikan satu mesej sebahagian daripada suatu mesej yang lain dengan mengenal pasti mesej yang hendak digabungkan dan menyatakan niat bahawa ia digabungkan;
“menggantung perakuan” ertinya untuk menjadikan sesuatu perakuan tidak berkesan untuk sementara bagi suatu masa yang dinyatakan ke hadapan;
12
Undang-Undang Malaysia
“menyiarkan” ertinya untuk merekodkan atau memfailkan dalam suatu repositori;
“mesej” ertinya suatu pernyataan digital maklumat;
“orang” ertinya orang sebenar atau kumpulan orang, yang diperbadankan atau tidak diperbadankan, yang berkebolehan menandatangani suatu dokumen, sama ada di sisi undang-undang atau sebagai perkara fakta;
“pasangan kunci” ertinya kunci persendirian dan kunci awam yang berpadanan dengannya dalam suatu sistem kripto tidak simetri, yang kunci awam itu boleh mengesahbetulkan suatu tandatangan digital yang dihasilkan oleh kunci persendirian itu;
“pegawai diberi kuasa” ertinya seseorang pegawai yang diberi kuasa di bawah seksyen 75;
“pelanggan” ertinya seseorang yang—
(a)
merupakan subjek yang disenaraikan dalam sesuatu perakuan;
(b)
menerima perakuan itu; dan
(c)
memegang kunci persendirian yang berpadanan dengan kunci awam yang disenaraikan dalam perakuan itu;
“penanda masa” ertinya—
(a)
untuk menambahkan atau menggabungkan kepada sesuatu mesej, tandatangan digital atau perakuan suatu catatan yang ditandatangani secara digital yang menyatakan sekurang-kurangnya tarikh, masa dan identiti orang yang menambahkan atau menggabungkan catatan itu; atau
(b)
catatan yang ditambahkan atau digabungkan sedemikian;
“penerima” ertinya seseorang yang menerima atau mempunyai suatu tandatangan digital dan berada dalam kedudukan untuk bergantung padanya;
“perakuan” ertinya suatu rekod berasas komputer yang—
(a)
mengenal pasti pihak berkuasa pemerakuan yang mengeluarkannya;
Tandatangan Digital 13
(b)
menamakan atau mengenal pasti pelanggannya;
(c)
mengandungi kunci awam pelanggan itu; dan
(d)
ditandatangani secara digital oleh pihak berkuasa pemerakuan yang mengeluarkannya;
“perakuan sah” ertinya suatu perakuan yang—
(a)
dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen;
(b)
diterima oleh pelanggan yang disenaraikan di dalamnya;
(c)
tidak dibatalkan atau digantung; dan
(d)
tidak habisnya tempoh:
Dengan syarat bahawa suatu perakuan transaksi merupakan suatu perakuan sah hanya berhubungan dengan tandatangan digital yang digabungkan dalamnya secara rujukan;
“perakuan transaksi” ertinya suatu perakuan, yang menggabungkan secara rujukan satu atau lebih tandatangan digital, yang dikeluarkan dan sah untuk suatu transaksi spesifik;
“perkhidmatan penanda tarikh/masa diiktiraf” ertinya sesuatu perkhidmatan penanda tarikh/masa yang diiktiraf oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 70;
“pernyataan amalan pemerakuan” ertinya suatu perisytiharan amalan yang digunakan oleh sesuatu pihak berkuasa pemerakuan dalam mengeluarkan perakuan secara am, atau yang telah digunakan dalam mengeluarkan suatu perakuan tertentu;
“pihak berkuasa pemerakuan” ertinya seseorang yang mengeluarkan perakuan;
“pihak berkuasa pemerakuan berlesen” ertinya sesuatu pihak berkuasa pemerakuan yang kepadanya suatu lesen telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya dan yang lesennya sedang berkuat kuasa;
“pihak berkuasa pemerakuan yang layak” ertinya sesuatu pihak berkuasa pemerakuan yang memenuhi kehendak di bawah seksyen 5;
14
Undang-Undang Malaysia
“rekod penzahiran pihak berkuasa pemerakuan” ertinya suatu rekod dalam talian dan yang boleh capai awam yang berkenaan dengan sesuatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang disimpan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen 3(5);
“repositori” ertinya suatu sistem untuk menstor dan mendapat semula perakuan dan maklumat lain yang relevan kepada tandatangan digital;
“repositori diiktiraf” ertinya sesuatu repositori yang diiktiraf oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 68;
“sistem boleh dipercayai” ertinya perkakasan dan perisian komputer yang—
(a)
dengan munasabahnya selamat daripada penerobosan dan salah guna;
(b)
memperuntukkan aras kebolehsediaan, kebolehpercayaan dan pengendalian yang betul yang munasabah; dan
(c)
dengan munasabahnya sesuai bagi melaksanakan fungsinya yang diniatkan;
“sistem kripto tidak simetri” ertinya suatu algoritma atau siri algoritma yang memberikan suatu pasangan kunci yang selamat;
*“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 [Akta 589];
“tandatangan digital” ertinya penjelmaan sesuatu mesej dengan menggunakan suatu sistem kripto tidak simetri dengan sedemikian yang seseorang yang mempunyai mesej awal itu dan kunci awam penandatangan boleh menentukan dengan tepat—
(a)
sama ada penjelmaan itu telah dihasilkan dengan menggunakan kunci persendirian yang berpadanan dengan kunci awam penandatangan itu; dan
(b)
sama ada mesej itu telah diubah sejak penjelmaan itu dibuat;
*CATATAN—Apabila Akta A1121 mula berkuat kuasa, sebutan tentang Pengawal Pihak Berkuasa
Pemerakuan (“Pengawal”) atau mana-mana pegawai dan pekhidmat yang dilantik oleh Pengawal, hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Suruhanjaya atau pegawainya yang diberi kuasa—
lihat seksyen 19 Akta A1121.
Tandatangan Digital 15
“tulisan” atau “bertulis” termasuklah apa-apa tulisan tangan, tulisan taip, pencetakan, storan atau penghantaran elektronik, atau apa-apa cara merekodkan maklumat atau merakamkan maklumat dalam bentuk yang boleh dikekalkan yang lain.
(2)
Bagi maksud Akta ini, suatu perakuan hendaklah dibatalkan dengan membuat suatu catatan bahawa ia dibatalkan pada perakuan itu atau dengan memasukkan perakuan itu dalam suatu set perakuan yang dibatalkan.
(3)
Pembatalan suatu perakuan tidak bermakna bahawa perakuan itu dimusnahkan atau dijadikan tidak dapat dibaca.