Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Pihak berkuasa pemerakuan hendaklah dilesenkan
(1)
Tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengendalikan, atau mengemukakan dirinya sebagai menjalankan atau mengendalikan, sebagai suatu pihak berkuasa pemerakuan melainkan jika orang itu memegang suatu lesen sah yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
(2)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan berterusan boleh sebagai tambahan didenda harian tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.
(3)
Menteri boleh, apabila dibuat suatu permohonan secara bertulis mengikut Akta ini, mengecualikan—
(a)
seseorang yang beroperasi sebagai pihak berkuasa pemerakuan dalam sesuatu organisasi jika perakuan dan pasangan kunci dikeluarkan kepada anggota organisasi itu untuk kegunaan dalaman sahaja; dan
(b)
mana-mana orang atau golongan orang lain yang difikirkan patut oleh Menteri, daripada kehendak seksyen ini.
(4)
Menteri boleh mewakilkan kuasanya di bawah subseksyen
(3)
kepada Suruhanjaya dan kuasa itu bolehlah dijalankan oleh
Suruhanjaya atas nama dan bagi pihak Menteri.
(5)
Pewakilan di bawah subseksyen (4) tidaklah menghalang
Menteri sendiri daripada menjalankan kuasa yang diwakilkan sedemikian pada bila-bila masa.
(6)
Had liabiliti yang dinyatakan dalam Bab 8 Bahagian IV tidak terpakai bagi pihak berkuasa pemerakuan yang dikecualikan dan Bahagian V tidak terpakai berhubung dengan tandatangan digital yang disahbetulkan oleh perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan yang dikecualikan.
Tandatangan Digital 17