Malaysia legislation

Section 67

of AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997

Seksyen 67

Anggapan dalam menghakimi pertikaian

Dalam menghakimi pertikaian yang melibatkan tandatangan digital, mahkamah hendaklah menganggap—

(a)

bahawa perakuan yang ditandatangani secara digital oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen dan—

(i)

yang disiarkan dalam repositori diiktiraf; atau

Tandatangan Digital 47

(ii)

yang diadakan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang mengeluarkan atau oleh pelanggan yang disenaraikan dalam perakuan, dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang menandatanganinya secara digital dan diterima oleh pelanggan yang disenaraikan di dalamnya;

(b)

bahawa maklumat yang disenaraikan dalam perakuan sah dan disahkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang mengeluarkan perakuan itu adalah tepat;

(c)

bahawa jika tandatangan digital disahbetulkan oleh kunci awam yang disenaraikan dalam perakuan sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen—

(i)

tandatangan digital itu ialah tandatangan digital pelanggan yang disenaraikan dalam perakuan itu;

(ii)

tandatangan digital itu telah ditambah oleh pelanggan itu dengan niat untuk menandatangani mesej itu;

dan

(iii)

penerima tandatangan digital itu tidak mempunyai pengetahuan atau notis bahawa penandatangan itu—

(A)

telah melanggar kewajipan sebagai pelanggan;

atau

(B)

tidak memegang kunci persendirian yang digunakan untuk menambah tandatangan digital itu secara sah; dan

(d)

bahawa tandatangan digital dihasilkan sebelum ia ditanda masa oleh suatu perkhidmatan penanda tarikh/ masa diiktiraf yang menggunakan sistem boleh dipercayai.

Section 67 — AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997 | mylaw.my