Malaysia legislation
Section 75
Seksyen 75
Pegawai diberi kuasa
(1)
Menteri boleh memberi kuasa secara bertulis mana-mana pegawai awam atau pegawai Suruhanjaya untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.
(2)
Mana-mana pegawai yang diberi kuasa di bawah subseksyen
(1)
hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
(3)
Pada menjalankan mana-mana kuasa penguatkuasaan di bawah
Akta ini, seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak surat kuasa yang dikeluarkan kepadanya oleh Menteri.
Penguatkuasaan oleh pegawai polis 75A. (1) Walau apa pun subseksyen 75(1), mana-mana pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan kuasa penguatkuasaan yang diberikan oleh Akta ini kepada seorang pegawai diberi kuasa.
(2)
Pada menjalankan mana-mana kuasa penguatkuasaan yang diberikan di bawah Akta ini kepada seseorang pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor, pegawai polis itu, jika tidak berpakaian seragam, hendaklah, apabila diminta, menyatakan jawatannya dan menunjukkan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak kad kuasa sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Polis Negara supaya dibawa oleh pegawai polis itu.
Tandatangan Digital 53