Malaysia legislation

Section 12

of *AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011

Seksyen 12

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), pemegang lesen pengagihan tidak berkewajipan untuk membuat perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu dengan pemegang kelulusan galakan jika—

(a)

pemegang kelulusan galakan itu enggan membuat perjanjian itu; atau

(b)

Pihak Berkuasa berpendapat bahawa—

(i)

terdapat suatu perubahan dalam hal keadaan yang menyebabkan pemegang kelulusan galakan itu tidak lagi berhak untuk diberi kelulusan galakan di bawah

Akta ini; atau

(ii)

adalah adil dan munasabah bagi pemegang lesen pengagihan untuk tidak membuat perjanjian itu.

(3)

Perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu hendaklah dalam bentuk yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa dan apa-apa penyimpangan daripada bentuk itu menghendaki kelulusan bertulis daripada Pihak Berkuasa terlebih dahulu.

(4)

Pihak Berkuasa boleh menetapkan bentuk yang berlainan bagi perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu dengan mengambil kira sumber boleh baharu yang akan digunakan dan kapasiti pepasangan tenaga boleh baharu yang dicadangkan.

(5)

Pemegang kelulusan galakan hendaklah, dalam apa-apa tempoh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa, mengemukakan salinan terperaku bagi perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu yang telah disempurnakan kepada Pihak Berkuasa bagi pendaftaran.

(6)

Pihak Berkuasa hendaklah mendaftarkan apa-apa perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu yang dikemukakan kepadanya di bawah subseksyen (5) jika Pihak Berkuasa berpuas hati bahawa perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu itu adalah selaras dengan peruntukan Akta ini dan perundangan subsidiarinya.

20

Undang-Undang Malaysia

(7)

Perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu hanya akan berkuat kuasa dan boleh dikuatkuasakan apabila didaftarkan dengan

Pihak Berkuasa mengikut seksyen ini.

(8)

Pihak Berkuasa hendaklah menyenggarakan suatu daftar bagi semua perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu yang didaftarkan di bawah seksyen ini.

(9)

Seseorang pemegang lesen pengagihan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.

Penyambungan kepada talian bekalan

Section 12 — AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011 | mylaw.my