Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
Pihak Berkuasa boleh, dengan persetujuan Suruhanjaya, menetapkan kaedah-kaedah yang menentukan kehendak teknikal dan pengendalian yang hendaklah dipatuhi oleh pemegang lesen pengagihan dan pemegang kelulusan galakan dalam melaksanakan
Bahagian ini, termasuk—
(a)
kewajipan dan tanggungjawab pemegang lesen pengagihan dan pemegang kelulusan galakan masing-masing berkenaan dengan kehendak itu;
(b)
tempoh masa yang dalamnya kehendak itu hendaklah dipatuhi;
(c)
pembahagian kos yang ditanggung berhubung dengan kehendak itu; dan 22
Undang-Undang Malaysia
(d)
tatacara dan cara yang mengikutnya pelan, spesifikasi dan dokumen lain hendaklah dikemukakan.