Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
Seseorang pemegang lesen pengagihan berhak untuk mendapatkan daripada Kumpulan Wang, sejumlah wang yang bersamaan dengan perbezaan antara—
(a)
jumlah tarif galakan yang dibayar oleh pemegang lesen pengagihan kepada pemegang kelulusan galakan mengikut seksyen 16; dan
(b)
kos yang selainnya kena ditanggung oleh pemegang lesen pengagihan itu untuk menjana amaun elektrik yang sama dengan yang dijana oleh pemegang kelulusan galakan itu berdasarkan kos pembekalan semasa, mengikut apa-apa tatacara dan kaedah pengiraan yang ditetapkan oleh
Pihak Berkuasa.
Fi pentadbiran