Malaysia legislation

Section 21

of *AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011

Seksyen 21

Kumpulan Wang, boleh dibayar—

(2)

Apabila

Pihak

Berkuasa menentukan bahawa sesuatu pepasangan tenaga boleh baharu yang tertentu telah mencapai kesetaraan grid, Pihak Berkuasa hendaklah memberitahu pemegang kelulusan galakan dan pemegang lesen pengagihan yang berkenaan mengenai pencapaian sedemikian.

(3)

Walau apa pun apa-apa jua di bawah Akta ini, apabila penentuan kesetaraan grid diberitahu di bawah subseksyen (2)—

(a)

seseorang pemegang kelulusan galakan yang mempunyai pepasangan tenaga boleh baharu itu tidak berhak untuk dibayar tarif galakan dan sebaliknya hendaklah dibayar oleh pemegang lesen pengagihan suatu tarif yang berdasarkan kos pembekalan semasa bagi baki tempoh berkuat kuasa itu; dan

(b)

pemegang lesen pengagihan tidak berhak untuk mendapatkan daripada Kumpulan Wang jumlah wang yang disebut dalam seksyen 19 dan dibayar fi pentadbiran di bawah perenggan 20(a) berkenaan dengan mana-mana pepasangan tenaga boleh baharu.

26

Undang-Undang Malaysia

Penggunaan sumber secara curang untuk menjana elektrik

Section 21 — AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011 | mylaw.my