Malaysia legislation

Section 29

of *AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011

Seksyen 29

(a)

mempunyai apa-apa maklumat atau apa-apa dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa

Pihak Berkuasa di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya; atau

Tenaga Boleh Baharu 31

(b)

berupaya untuk memberikan apa-apa keterangan yang

Pihak Berkuasa mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai adalah berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa Pihak Berkuasa di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya,

Pihak Berkuasa boleh, melalui notis bertulis, memerintahkan orang itu—

(A)

supaya memberikan apa-apa maklumat sedemikian kepada pegawai diberi kuasa mengikut cara dan bentuk dan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa;

(B)

supaya mengemukakan apa-apa dokumen sedemikian, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik, kepada pegawai diberi kuasa mengikut cara dan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa;

(C)

supaya membuat salinan apa-apa dokumen sedemikian dan supaya mengemukakan salinan itu kepada pegawai diberi kuasa mengikut cara dan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa;

(D)

jika orang itu ialah seorang individu, supaya hadir, pada suatu pendengaran tertutup, di hadapan pegawai diberi kuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik, mengikut cara dan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa;

(E)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan atau badan awam, supaya menyebabkan pegawai berwibawa pertubuhan perbadanan atau badan itu untuk hadir, pada

32

Undang-Undang Malaysia suatu pendengaran tertutup, di hadapan pegawai diberi kuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik, mengikut cara dan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa; atau

(F)

jika orang itu ialah suatu perkongsian, supaya menyebabkan seorang individu yang merupakan seorang rakan kongsi dalam perkongsian itu atau seorang pekerja dalam perkongsian itu untuk hadir, pada suatu pendengaran tertutup, di hadapan pegawai diberi kuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik, mengikut cara dan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh

Pihak Berkuasa.

(2)

Mana-mana orang yang dikehendaki supaya memberikan maklumat atau dokumen di bawah subseksyen (1) hendaklah memastikan bahawa maklumat atau dokumen yang diberikan itu adalah benar, tepat dan lengkap dan orang itu patut memberikan suatu representasi bagi maksud itu, termasuk suatu representasi bahawa dia tidak tahu tentang apa-apa maklumat atau dokumen lain yang mungkin menjadikan maklumat atau dokumen yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan.

Bukti pematuhan