Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
Pihak Berkuasa boleh memegang simpan dokumen
(2)
Orang yang memberikan dokumen itu berhak untuk dibekalkan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, suatu salinan yang diperakui oleh Pihak Berkuasa sebagai salinan benar dokumen itu.
(3)
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, salinan terperaku dokumen itu hendaklah diterima oleh semua mahkamah dan tribunal sebagai keterangan seolah-olah salinan itu ialah dokumen asal.
(4)
Sehingga suatu salinan terperaku dokumen itu dibekalkan,
Pihak Berkuasa hendaklah, pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa, membenarkan orang yang memberikan dokumen itu atau seorang yang diberi kuasa oleh orang itu untuk memeriksa dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada dokumen asal itu.
(5)
Jika Pihak Berkuasa berpuas hati bahawa dokumen itu tidak lagi perlu dipegang simpan, Pihak Berkuasa boleh mengembalikan dokumen itu kepada orang yang memberikan dokumen itu di bawah subseksyen (1) dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
Akses kepada rekod