Malaysia legislation

Section 39

of *AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011

Seksyen 39

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa penggeledahan dan penyitaan—

(a)

salinan mana-mana buku, akaun atau dokumen lain, termasuk data berkomputer, yang mengandungi atau dengan munasabah disyaki mengandungi maklumat tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan; atau

(b)

apa-apa dokumen, kelengkapan, peralatan atau perkara lain yang dengan munasabah dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.

(3)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah subsekyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu.

(4)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat pemeriksaan seseorang di bawah subseksyen (3) atau seksyen 40 boleh menyita, atau mengambil milik, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda selain pakaian yang perlu, yang dijumpai pada orang itu, dan apa-apa benda lain, yang baginya ada sebab untuk mempercayai merupakan peralatan atau keterangan lain bagi kesalahan itu, dan benda itu boleh ditahan sehingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan.

(5)

Tiada seorang pun boleh diperiksa kecuali oleh seorang lain yang sama jantina, dan pemeriksaan sedemikian hendaklah dijalankan dengan penuh kesopanan.

(6)

Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, pemindahan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara yang disita di bawah seksyen ini tidak boleh dilaksanakan, pegawai yang

38

Undang-Undang Malaysia menyita hendaklah dengan apa-apa cara mengelak buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara itu di dalam premis atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai.

(7)

Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (6)

atau memindahkan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau perkara yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran

Section 39 — AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011 | mylaw.my