Malaysia legislation
Section 49
Seksyen 49
Kos bagi memegang kelengkapan, dsb., yang disita
Jika apa-apa kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda yang disita di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya dipegang dalam jagaan Kerajaan atau Pihak Berkuasa sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding yang berkenaan
44
Undang-Undang Malaysia dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, kos bagi memegang benda itu dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang didapati telah melakukan suatu kesalahan, menjadi hutang yang kena dibayar oleh orang itu kepada Kerajaan dan hendaklah didapatkan dengan sewajarnya.