Malaysia legislation
Section 52
Seksyen 52
Seorang pegawai diberi kuasa hendaklah, bagi maksud melaksanakan Akta ini atau perundangan subsidiarinya, mempunyai kuasa untuk melakukan semua atau mana-mana yang berikut:
(a)
menghendaki pengemukaan rekod, akaun, data berkomputer dan dokumen yang disimpan oleh seseorang pemegang kelulusan galakan atau orang lain dan untuk memeriksa, meneliti dan untuk memuat turun daripadanya, membuat salinannya atau mengambil cabutan daripadanya;
(b)
menghendaki pengemukaan mana-mana dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana kes atau kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya;
(c)
membuat apa-apa siasatan yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya telah dipatuhi.
Pengkompaunan kesalahan