Malaysia legislation
Section 55
Seksyen 55
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
(a)
boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
(b)
jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
(i)
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan
(ii)
bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar untuk mengelak pelakuan kesalahan itu.
(2)
Bilamana mana-mana ejen atau pekerja dalam penjalanan pekerjaannya melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan yang pelakuan atau peninggalan untuk berbuat demikian oleh prinsipal atau majikannya akan menjadi suatu kesalahan terhadap Akta ini, ejen atau pekerja itu adalah melakukan kesalahan itu, dan subseksyen (3)
hendaklah terpakai bagi prinsipal atau majikannya itu.
(3)
Jika mana-mana orang boleh di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya dikenakan apa-apa hukuman atau penalti bagi perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkarannya, dia
48
Undang-Undang Malaysia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja kepada ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan—
(a)
oleh pekerja orang itu dalam penjalanan pekerjaannya;
(b)
oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak orang itu; atau
(c)
oleh pekerja kepada ejen itu dalam penjalanan pekerjaannya dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu yang bertindak bagi pihak orang itu.