Malaysia legislation

Section 58

of *AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011

Seksyen 58

Arahan oleh Pihak Berkuasa

(2)

Sebelum membuat suatu arahan di bawah subseksyen (1),

Pihak Berkuasa hendaklah mengeluarkan suatu notis bertulis kepada orang itu dengan menyatakan jenis pematuhan yang dikehendaki.

(3)

Orang itu hendaklah diberi peluang untuk didengar atau boleh mengemukakan suatu penghujahan bertulis tentang sebab bagi tingkah

50

Undang-Undang Malaysia laku atau aktivitinya dalam tempoh masa yang munasabah yang dinyatakan dalam notis itu.

(4)

Selepas habis tempoh notis yang dinyatakan dalam subseksyen (3), Pihak Berkuasa hendaklah menimbangkan apa-apa sebab yang diberikan oleh orang itu sebelum membuat suatu keputusan berhubung dengan tingkah laku atau aktiviti yang berkenaan orang itu.

(5)

Selepas menimbangkan dengan sewajarnya apa-apa sebab yang diberikan oleh orang itu, Pihak Berkuasa boleh, dengan notis bertulis, mengeluarkan suatu arahan di bawah subseksyen (1) secepat yang dapat dilaksanakan yang menghendaki orang itu supaya mengambil tindakan yang dinyatakan dengan tujuan untuk memastikan bahawa orang itu tidak melanggar atau tidak terus melanggar mana-mana syarat kelulusan galakan atau mana-mana peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya.

(6)

Orang itu hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh

Pihak Berkuasa di bawah subseksyen (5).

(7)

Suatu arahan yang dibuat oleh Pihak Berkuasa di bawah

Bahagian ini hendaklah didaftarkan dengan secepat yang dapat dilaksanakan.

(8)

Arahan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh pendaftaran itu atau apa-apa tarikh kemudian yang dinyatakan oleh Pihak Berkuasa dalam arahan itu.

(9)

Arahan itu hendaklah habis tempohnya pada apa-apa tarikh yang dinyatakan oleh Pihak Berkuasa dalam notis bertulis itu atau jika tiada tarikh dinyatakan, arahan itu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga arahan itu dibatalkan.

(10)

Pihak Berkuasa boleh mengubah atau membatalkan sesuatu arahan dan tatacara yang dinyatakan dalam subseksyen (2), (3), (4),

(5)

, (7), (8) dan (9) hendaklah terpakai mutatis mutandis berkenaan dengan apa-apa pengubahan atau pembatalan sesuatu arahan.

Tenaga Boleh Baharu 51

(11)

Seseorang yang tidak mematuhi arahan Pihak Berkuasa di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(12)

Pihak Berkuasa hendaklah menyenggarakan suatu daftar mengenai semua arahan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa di bawah seksyen ini, termasuk apa-apa pengubahan atau pembatalan sesuatu arahan.

Daftar

Section 58 — AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011 | mylaw.my