Malaysia legislation

Section 13

of AKTA TRIBUNAL PERKHIDMATAN AWAM 1977

Seksyen 13

Perkara-perkara yang berikut hendaklah ditafsirkan sebagai prerogatif pengurusan dan tidak boleh dibangkitkan atau dijadikan suatu hal-perkara rundingan atau rujukan kepada Tribunal di bawah Akta ini oleh manamana orang yang terkilan—

(a)

mengada dan menggred jawatan;

(b)

mengada dan menggred skim perkhidmatan;

(c)

menaikkan pangkat seseorang pegawai. awam dari-pada suatu gred rendah kepada suatu gred tinggi;

TRIBUNAL PERKHIDMATAN AWAM

(d)

menukarkan seseorang pegawai awam;

(e)

melantik seseorang jika sekiranya berlaku suatu kekosongan dalam perkhidmatan awam;

(f)

menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai awam oleh sebab lelebihan atau penyusunan semula;

(g)

membuang kerja atau menempatkan semula ke jawatan, seseorang pegawai awam; dan

(h)

memberi atau menguntukkan kewajipan dalam perkhidmatan awam.

Section 13 — AKTA TRIBUNAL PERKHIDMATAN AWAM 1977 | mylaw.my