Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
(3)
---
(2)
Keputusan Tribunal itu hendaklah dilaksanakan dengan seberapa segera yang praktik, tetapi tidak lewat daripada enam bulan dari tarikh keputusan itu diberi.
(3)
Sesuatu anomali yang dirujukkan kepada Tribunal dan yang keputusan mengenainya telah diberi oleh Tribunal tidak boleh dibangkitkan atau menjadi hal-perkara rujukan selanjutnya kepada Kerajaan dalam apa-apa rupa atau bentuk oleh mana-mana pegawai awam atau sesuatu kesatuan sekerja atau sesuatu persatuan pegawai-pegawai awam yang bukan suatu kesatuan sekerja.
(4)
. Tribunal tidak boleh melayani apa-apa tuntutan oleh mana-mana pegawai awam atau sesuatu kesatuan sekerja atau sesuatu persatuan pegawai-pegawai awam yang bukan suatu kesatuan sekerja, yang berupa sebagai suatu anomali berikutan dengan kesan suatu keputusan mengenai sesuatu anomali di bawah seksyen 11 atau 14.