Malaysia legislation

Section 7

of *AKTA UBAT (IKLAN DAN PENJUALAN) 1956

Seksyen 7

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan maksud Akta ini tetapi tanpa menyentuh keluasan perkataan terdahulu, peraturan-peraturan itu boleh—

(a)

bagi maksud seksyen 4A dan seksyen 4B, menubuhkan

Lembaga Iklan Ubat;

(b)

memperuntukkan cara mengemukakan iklan untuk diluluskan di bawah seksyen 4A dan mengenakan fi bagi pengemukaan dan kelulusan iklan itu;

(c)

memperuntukkan tatacara yang akan diikuti oleh Lembaga

Iklan Ubat; dan

(d)

memperuntukkan cara membuat rayuan terhadap keputusan Lembaga Iklan Ubat dan rayuan itu hendaklah dibuat kepada Menteri.

Ubat (Iklan dan Penjualan) 19

Section 7 — AKTA UBAT (IKLAN DAN PENJUALAN) 1956 | mylaw.my