Malaysia legislation

Section 41A

of AKTA ZON BEBAS (PINDAAN) 2019

Seksyen 41A

(2)

Dalam apa-apa prosiding untuk mendapatkan apa-apa remedi lain, apa-apa cukai, duti atau pembayaran di bawah subseksyen (1), pengemukaan suatu perakuan yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah—

(a)

yang menyatakan bahawa apa-apa remedi lain, apa-apa cukai, duti atau pembayaran yang ditunjukkan dalam perakuan itu sebagai kena dibayar, dalam apa-apa taksiran atau notis yang dibuat di bawah Akta ini daripada orang yang dinamakan dalam perakuan itu; dan

(b)

yang menyatakan alamat orang itu dan berupa sebagai suatu salinan atau cabutan daripada apa-apa notis taksiran, hendaklah menjadi keterangan muktamad bagi apa-apa remedi lain, apa-apa cukai, duti atau pembayaran sebagai kena dibayar dalam apa-apa taksiran atau notis dan hendaklah menjadi autoriti yang mencukupi untuk mahkamah memberikan penghakiman bagi amaun itu.".

Peruntukan kecualian